Login Form

Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
You are here: Laman Utama arrow Kemudahan Sukan arrow Kemudahan sukan arrow Stadium Tertutup
Stadium Tertutup PDF Print E-mail

Pengenalan

  1. Dibina pada 1hb September 1994 dan siap pada 31hb Mei 1997.
  2. Kos pembinaannya berjumlah $38.79 Juta.
  3. Lokasinya terletak di sebelah Timur Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Kemudahan-Kemudahan

- Gelanggang bagi permainan Basketball (1)

- Gelanggang bagi permainan Badminton (3)

- Gelanggang bagi permainan Sepak Takraw (4)

- Gelanggang bagi permainan Ping Pong (8)

- Gelanggang bagi acara Silat

- Gelanggang bagi acara Karate-Do

- Gelanggang bagi acara Taekwondo 

- Gelanggang bagi acara Tinju (boxing ring)

- Tempat duduk bagi 5,000 penonton dan 200 bagi VIP

 

Kemudahan Lain

- Foyer

- Papan markah elektronik

- Skrin Video

- Pembesar suara (P.A.System)

- Pentas bergerak

- Bilik VIP 

- Pentas diraja

- Bilik Pertukaran Pakaian lelaki dan perempuan

- 5 buah bilik serbaguna

- 495 buah letak kereta

- 11 buah letak kereta - VIP

- 15 buah letak kereta - Bas 

- 2 buah bilik perubatan

- Bilik Pentadbiran

- Stor

- Surau

- Kaunter tiket 

 

Tempahan Pengguna

Pihak Kerajaan, Persatuan Sukan Kebangsaan, Swasta, Sekolah/Maktab dan NGO's :

Membuat tempahan secara bertulis dan mengisikan borang tempahan dan dihadapkan ke Pengarah Belia dan Sukan, sekurang-kurangnya (3) tiga minggu sebelum tarikh penggunaan.

 

Atlit Kebangsaan dan Skim Pemaja :

Mengikut jadual latihan dan tertakluk kepada kekosongan. 

 

Peraturan

  1. Pembayaran sewa hendaklah diselesaikan oleh pengguna sebelum hari penggunaan.
  2. Pengguna hendaklah mempunyai ‘insuran’ untuk melindungi kebakaran dan kerosakan, dan hendaklah menghadapkan salinan asal ‘cover note’ beserta dengan borang permohonan.
  3. Pengguna yang berhajat untuk membuat persembahan yang berupa hiburan, bercorak kebudayaan dan yang sebanding dengannya, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak yang berwajib dan menyertakan surat kebenaran itu dengan borang permohonan.
  4. Pengguna yang berhajat untuk menjual tiket atau membuat iklan dan pameran hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak yang berwajib dan menyertakan surat kebenaran itu dengan borang permohonan.
  5. Kebenaran akan ditarik balik jika didapati pada hari pertama penyewa gagal mematuhi syarat-syarat ini.
  6. Jabatan Belia dan Sukan tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan ganti rugi terhadap kehilangan dan kerosakan atas alatan dan barangan yang dibawa masuk bagi faedah persembahan.
  7. Pengguna akan bertanggungjawab untuk membaiki sebarang kerosakan terhadap alatan dan mengganti sebarang alatan yang hilang di dalam bangunan dan di luar ketika tempoh sewaan itu berjalan.
  8. Jabatan Belia dan Sukan tidak bertanggungjawab keatas sebarang tuntutan ganti rugi terhadap kecederaan atau malapetaka yang terjadi kepada sesiapa yang terlibat dengan kegiatan persembahan dalam tempoh sewaan sama ada daripada kalangan penonton dan atau daripada kalangan penganjur/pengguna.
  9. Pengguna tidak dibenarkan untuk menyewakan sebarang kemudahan tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Belia dan Sukan.
  10. Jabatan Belia dan Sukan ini berhak membatalkan mana-mana tarikh tempahan pada bila-bila masa jika diperlukan bagi penggunaan acara rasmi atau apa-apa jua Projek Jabatan atau bagi melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan. Maka penyewa adalah dinasihatkan untuk menghubungi pihak pengurusan bagi urusan penggantian.
  11. Jabatan Belia dan Sukan berhak menambah mana-mana syarat yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.

 

Banners
Banner