Jabatan Belia & Sukan
Advertisement
Laman Utama arrow Kemudahan Sukan arrow Kemudahan sukan arrow Perkampungan Sukan
Jul 29, 2010 at 07:11 PM
Login Form
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
Extended Menu
Laman Utama
Direktori
Advanced Search
Galleri
Perkampungan Sukan PDF Print E-mail

Pengenalan

 - Dibina pada 30hb Mei 1995 dan siap pada 28hb November 1996. 

 - Keluasan keseluruhan kawasan ialah 4.2 hektar.

 - Kos pembinaannya berjumlah $10.16 juta.

 - Lokasinya terletak di sebelah timur selatan Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

 

Kemudahan-Kemudahan

 - 2 Blok (A dan B) Asrama Lelaki boleh menempatkan 200 orang.

 - 1 Blok (C) Asrama Perempuan boleh menempatkan 100 orang.

 - Bilik Mesyuarat 1 Buah boleh menempatkan 15 ke 20 orang.

 - 2 buah Dewan Makan yang boleh menempatkan seramai 150 ke 200 orang bagi setiap dewan.

 - Kantin.

 - Dapur.

 - 70 Petak letak Kereta.

 - Surau.

 - Bilik Pentadbiran.

 - Lobi/ Bilik Rehat.

 

Tempahan Pengguna

Kerajaan, Persatuan Sukan Kebangsaan, Swasta, Sekolah/Maktab dan NGO's :

Membuat tempahan dan menulis surat ke Pengarah Belia dan Sukan, sekurang-kurangnya (2) dua minggu sebelum tarikh penggunaan.

 

Atlit Kebangsaan dan Skim Pemaja :

Tertakluk kepada kekosongan.

 

Lain-Lain Pengguna :

Menghadapkan surat permohonan kepada Pengarah Belia dan Sukan (2) dua minggu sebelum tarikh penggunaan.

 

Peraturan

  1. Pengguna Asrama adalah tertakluk kepada kebenaran daripada Pengarah Belia dan Sukan.
  2. Sistem tempahan dan kebenaran penggunaan adalah tertakluk kepada "First come, first serve basis" dan tertakluk kepada kekosongan.
  3. Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan berdisiplin sepanjang menginap di Asrama.
  4. Hendaklah sentiasa menjaga keselamatan dan kebersihan bilik tidur serta peralatan-peralatan yang disediakan dan tidak dibenarkan memindah sebarang peralatan.
  5. Tidak dibenarkan membuat bising.
  6. Tidak dibenarkan menjemur sebarang pakaian di dalam bilik tidur, di pagar bangunan dan d dalam bilik mandi.
  7. Dilarang memasak di dalam bilik tidur.
  8. MEROKOK adalah ditegah sama sekali.
  9. Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk orang luar ke dalam bilik Asrama.
  10. Pintu dan jendela tidak dibenarkan dibuka semasa penghawa dingin sedang berfungsi.
  11. Jika kehilangan kunci, bayaran sebanyak $20.00 akan dikenakan.
  12. Lampu dan penghawa dingin hendaklah dipadamkan dan pintu-pintu bilik tidur hendaklah dikunci apabila hendak meninggalkan bangunan Asrama serta kuncinya hendaklah diserahkan kepada Pegawai yag bertugas.
  13. Pihak Jabatan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecederaan dan kehilangan harta benda persendirian semasa menginap di asrama.
  14. Sebelum meninggalkan (check out) Asrama, pengguna hendaklah menyerahkan kunci kepada Pegawai yang bertugas yang mana akan membuat pemeriksaan serta pengesahan.
  15. Jabatan ini berhak untuk mengubah atau menbatalkan mana-mana tempahan atas sebab-sebab tertentu.
  16. Jabatan ini berhak meminda dan menambah mana-mana syarat yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.

 

 

 

Jabatan Belia Dan Sukan Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan BA1210, Negara Brunei Darussalam.
Design by Mamboteam.com | Powered by Mambobanner.de