Jabatan Belia & Sukan
Advertisement
Laman Utama arrow Kemudahan Sukan arrow Kemudahan sukan arrow Stadium Negara Hassanal Bolkiah
Jul 29, 2010 at 07:09 PM
Login Form
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
Extended Menu
Laman Utama
Direktori
Advanced Search
Galleri
Stadium Negara Hassanal Bolkiah PDF Print E-mail

Pengenalan

  1. Stadium ini dibina secara berperingkat termasuk kerja-kerja kajian tanah yang bermula pada bulan Ogos 1980. Kerja pembinaan telah bermula pada bulan Januari 1981. 
  2. Pembukaan rasminya disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23hb September 1983.
  3. Kos pembinaannya berjumlah $100 juta.
  4. Lokasinya terletak di kawasan tanah seluas 70 ekar di Jalan Berakas. 

 

 

Kemudahan-Kemudahan

- Padang Bolasepak

- Belapan (Trek)

- Bilik kecergasan dan angkat berat

- Bilik Billiard dan snooker

- Pusat Perubatan dan Penyelidikan Sukan

- Astaka Diraja (Royal Dias)

- Ruang Diraja (Royal Lounge)

- Ruang Orang Kenamaan (VIP Lounge)

- Bilik Persidangan

- Dewan Kuliah (Lecture Theatre)

- Bilik Juri

- Lobi

- Surau

- Tempat Duduk (Grandstand)

- Pondok Polis

- Bilik Kecemasan

- Lampu Limpah (Flood Light)

- Papan Markah Elektronik

- 'Photofinish'

- Tandas

- Tempat letak kereta VIP

 

Tempahan Pengguna

Kerajaan, Persatuan Sukan Kebangsaan, Swasta, Sekolah/Maktab dan NGO's :

Membuat tempahan dan menulis surat ke Pengarah Belia dan Sukan, sekurang-kurangnya (2) dua minggu sebelum tarikh penggunaan.

 

Atlit Kebangsaan dan Skim Sukan Remaja :

Mengikut jadual dan Tertakluk kepada kekosongan.

 

Lain-Lain Pengguna :

Datang terus untuk membeli tiket. Tempahan tidak akan dilayan. 

 

Peraturan

  1. Setiap pengguna hendahlah memakai pakaian yang bersesuaian bagi acara yang diikuti dan bagi perempuan adalah digalakkan memakai seluar panjang.
  2. Pihak pengguna akan bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan keseluruhan harta benda dan kemudahan yang diperbantukan dan sebarang kerosakan yang berlaku di tempat yang digunakan adalah tanggungjawab pengguna untuk mengganti atau membaikinya.
  3. Pihak pengguna tidak dibenarkan membawa masuk sebarang beg, dan sebarang jenis makanan kecuali tuala, tali pinggang dan air minuman saja ke dalam Dewan Angkat Berat. Beg akan disimpan di dalam loker yang dikhaskan dan kunci akan dipegang oleh pengguna itu sendiri sehingga selesai latihan.
  4. Jika terdapat kunci loker yang tercicir/hilang/rosak adalah tanggungjawab pengguna berkenaan bagi mengganti atau membayar sebanyak $5 (lima ringgit sahaja) kepada pegawai yang bertugas bagi mengganti kunci berkenaan.
  5. Pihak pengguna adalah dipertanggungjawabkan bagi memastikan peralatan yang digunakan dikembalikan ke tempat asal dengan tersusun dan teratur sebaik sahaja selesai penggunaan.
  6. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kecurian ke atas harta benda individu termasuk sebarang kemalangan/kecederaan diri sepanjang waktu penggunaan.
  7. Penggunaan Padang dan Belapan adalah tertakluk kepada kekosongan dan atas budi bicara Jabatan ini.
  8. Pihak pengguna adalah bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan dan tempat yang digunakan.
  9. Tidak dibenarkan sama sekali merokok dan meminum minuman tin yang mengandungi 'gas' di atas trek.
  10. Sebarang aktiviti atau berjaja di dalam kawasan stadium adalah ditegah.
  11. Pihak pengguna juga dikehendaki membayar sebarang tuntutan kerja lebih masa yang melibatkan kakitangan di Jabatan ini yang bertugas selepas/waktu bekerja atau hari kelepasan awam.
  12. Bayaran bagi penggunaan padang dan belapan hendaklah dijelaskan seminggu sebelum tarikh penggunaan.
  13. Jika pihak pengguna didapati tidak mematuhi sebarang syarat/peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan ini maka Jabatan ini tidak ragu-ragu untuk menarik balik/mambatalkan kebenaran yang telah diberikan.
  14. Jabatan berhak untuk mengubah atau membatalkan mana-mana tempahan atas sebab-sebab tertentu.
  15. Jabatan ini berhak menambah mana-mana syarat peraturan yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.

 

 

Jabatan Belia Dan Sukan Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan BA1210, Negara Brunei Darussalam.
Design by Mamboteam.com | Powered by Mambobanner.de